Inisiatif Kerajaan: Program Sesi Interaktif Bersama Komuniti X Nadi Berkenaan Dengan Kesedaran Keselamatan Dalam Talian (Onsa)
2 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniObjektif Program
• Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai keselamatan siber dan ancaman dalam talian.
• Memberi pendedahan tentang cara melindungi maklumat peribadi serta mengelakkan penipuan siber.
• Memupuk amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
• Menggalakkan komuniti melaporkan insiden siber kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Kandungan Sesi
• Pengenalan kepada ONSA.
• Jenis-jenis ancaman siber seperti phishing, scam, malware dan pencurian identiti.
• Tips melindungi akaun media sosial dan perbankan dalam talian.
• Sesi soal jawab bersama peserta.
Hasil Pembelajaran
• Mengenal pasti ancaman siber yang biasa berlaku.
• Mengamalkan langkah keselamatan ketika menggunakan internet.
• Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
• Mengetahui saluran yang betul untuk mendapatkan bantuan atau membuat laporan berkaitan insiden siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: